Seminar "Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453" Pada 28 Mei 2011

Click to enlarge

Prof. Mehmet Maksudoglu Rujukan Terbaik Usmaniah 1289-1922

Puas saya dan isteri menggeladah tingkat 4 maktabah UIAM mencari primary sources kepada sejarah Usmaniah, akhirnya penemuan kami menemui seketika sebuah buku terbaik karangan bekas profesor UIAM sendiri, diterbitkan sendiri oleh UIAM sendiri.

Pencarian ini kerana terlalu banyak percanggahan maklumat sama ada maklumat asas mahupun maklumat teknikal mengenai peristiwa 1453 apabila hanya bergantung kepada secondary sources yang tidak berasaskan sumber dari Turki itu sendiri.

Inilah "Osmanli History 1289 - 1922 Based on Osmanli Sources" dalam brand yang lebih moden berbanding artifak 'kitab kuning' yang kami temui sebelum buku ini.


Siapakah Prof Mehmet Maksudoglu ? Beliau adalah bekas Dekan Fakulti Ilahiyyat di Universiti Osmanghazi, Turki, pernah menjadi pensyarah Sejarah Islam di Universiti Marmara, Turki dan menjadi pensyarah di UIAM pada 1991-1995.

Kerana merujuk sumber ASAL Usmaniah, beliau banyak mengkritik banyak kesilapan fakta mengenai sosio-politik Usmaniah karangan banyak sumber kedua. Ketegasan beliau bermula sejak dari mengkritik penggunaan perkataan "Ottoman" and "Empire" itu sendiri.

"I knew that works (teaching Osmanli History) in English on this subject were FAR from satisfactory. Therefore, I decided to write a book in this language base on ORIGINAL SOURCES..."

Benarkah 250,000 Usmaniah vs 8,000 Byzantium ?

Bedah Kitab Kuning (Siri 2) : Benarkah 250,000 Usmaniah vs 8,000 Byzantium ?

Demikianlah maklumat mengenai 8,000 pejuang terakhir Byzantium di Konstantinople, jumlah yang semacam 'mutawatir' sampai ke telinga saya selama ini. Apatah lagi menatap pelbagai video klip mengenai 1453 di Youtube.

Namun, apabila saya memberanikan diri membelek kitab-kitab kuning mengenai Muhammad al-Fateh, khususnya penulisan Dr. Saleem Rusydi (kitab "Muhammad al-Fateh", terbitan Kaherah), saya menemui maklumat sebenar mengenainya.

Sumber

"Telah hampir sepakat ahli sejarawan Rom bahawa anggaran jumlah tentera pertahanan Konstantinople pada masa itu (kepungan Al-Fateh) sekitar 8,000 pejuang. Hampir sepakat juga sejarawan Eropah moden pada angka ini.

Manakala sejarawan terkemuka Turki seperti Ahmad Mukhtar Basha dan Dhiya' Shakir, kedua-duanya cuba mengelakkan (dalam penulisan mereka) menyebut angka ini, kerana bimbang ia hanyalah suatu alasan yang cuba dikemukakan Rom yang menyebabkan mereka kalah (tidak mampu bersemuka secara seimbang dengan tentera Muhammad). Ahmad Shakir telah menyatakan jumlah tentera mereka pada masa itu sekitar tidak kurang dari 60,000 pejuang.

Manakala pada pandangan kami berdasarkan kajian kami pada pelbagai riwayat sejarah dan pelbagai lagi perkataan sejarawan Barat dan Turki sendiri, bahawasanya jumlah tentera Byzantium sebenarnya hampir mencecah 40,000 pejuang. (Dan perlu diingatkan di sebalik jumlah tersebut adanya benteng kuat mereka dan sangat tebal melindungi mereka)."
- Dr. Saleem Rusydi


Benarlah, sangat bijak musuh-musuh Islam menipu di sebalik sejarah yang sememangnya mereka tidak mampu mendustakannya pada dunia. Mereka tidak mampu menolak kebenaran Al-Fateh akhirnya berjaya menyelamatkan ratusan ribu rakyat Kristian Katholik dari terus dizalimi oleh Maharaja mereka demi survival politik mereka, namun mereka cuba menipu di celahan sejarah dengan menggambarkan kekalahan mereka kerana faktor kelemahan mereka sendiri dan kekurangan kuantiti pejuang-pejuang mereka akibat 'dasar perluasan kuasa' (istilah mereka) yang dilakukan oleh datuk-datuk Muhammad al-Fateh sehingga mengecilnya empayar mereka dan membesarkan empayar Usmaniah.

Mereka cuba memadamkan fakta bahawa Al-Fateh bertungkus lumus bertempur dengan 40,000 tentera mereka (5 kali ganda dari jumlah rekaan mereka), sehingga masa yang terpaksa diperuntukkan untuk tempoh pengepungan mencecah hampir dua bulan, walhal Usmaniah adalah tentera terbaik dunia ketika itu dalam taktik pengepungan. Mereka cuba menutup fakta kematian yang tidak sedikit di pihak tentera Islam - khususnya ketika serangan terakhir dari terowong bawah tanah menembusi dari dalam kota Konstantinople - dan betapa sukarnya misi tentera Islam mencapai kemenangan. Mereka cuba menafikan faktor pergantungan Al-Fateh yang sangat bulat kepada Tuhan dan cintakan syahid(SQ), semangat tidak berputus asa yang sangat dahsyat (EQ) dan kegeniusan Sultan Muhammmad (IQ) di sebalik kejayaan menawan ibukota Byzantium yang kebal selama lebih 10 abad tersebut.

"Usrah" Dengan Syekh As-Sollabi Mengenai 1453

Petikan beberapa penemuan baru 'arkeologi' dalam buku Dr As-Sollabiyy :

Ghairah baca buku sejarah adalah antara kaedah yang membina cara pemikiran kritis dan kreatif Sultan Muhammad

Antara paparan sebab kegagalan misi menawan Konstantinople oleh Sultan Murad II.


Deklarasi keamanan dan hak asasi oleh Sultan Muhammad pada Constantine sebelum serangan dilancarkan. Baginda mewarisi sikap dan akhlak Salahuddin al-Ayyubi sebelumnya.

Sifat 'merakyat' Al-Fateh bukan sekadar ketika membina Rumeli Hissari, tetapi ketika memberikan semangat dari khemah ke khemah, dari briged ke briged tenteranya.
Membawa bersama para ulama berjihad bersama para tentera adalah antara pendekatan paling memberikan kesan terbesar pada motivasi 250,000 tentera berjuang. "Kalian adalah tentera Abu Ayyub al-Ansari" antara slogan motivasi para ulama pada tentera.

Pidato Sultan Muhammad pada Palta Oglu, panglima tentera laut

Pengiktirafan sejarawan Byzantium pada strategi "out of the box" Sultan Muhammad

Sultan Muhammad ketika bermesyuarat dengan seluruh pakar strategi perangnya dan para pimpinan politiknya, para ulama dibabitkan bersama membuat keputusan dasar.

Kenyataan pandangan berani Zugnush Basha - membandingkan dengan jumlah tentera Alexander The Great yang lebih kecil jumlah dari jumlah tentera Usmaniah - ketika bermesyuarat dengan Sultan Muhammad menyanggah pandangan Khalil Basha (Wazir Usmaniah).

Restu dan persetujuan Syekh Syamsudin dan Syekh Al-Kurani adalah kuasa penentu pandangan Sultan Muhammad sejak dari kecil.


Diplomasi mengelakkan pertumpahan darah kali ke seterusnya dihantar oleh Sultan Muhammad melalui Mahmud Basha. Usaha Sultan meminta Konstantinople menyerah tanpa perlu berperang adalah bukti pada William Wier tujuan, karakter dan sikap sebenar mereka yang berjihad di jalan Allah dengan penuh adab.

Jawapan balas Al-Fateh yang tegas dan berjiwa besar ketika diplomasi ditolak sendiri dengan penuh keegoan oleh Konstantinople tanpa mempedulikan kehendak rakyatnya sendiri.

Menyalakan api di sekeliling kawasan perkhemahan dan melaungkan takbir adalah antara taktik propaganda Sultan Muhammad untuk menimbulkan ketakutan pada musuh

Dr Sollaby merumuskan sifat kreatif (always thinking one step ahead) yang sentiasa ada dalam strategi perang Sultan Muhammad.


Tentera al-Fateh yang bukan sekadar tidak pernah mengenal erti putus asa ketika menerima asakan balas dari Byzantium, tetapi strategi sentiasa bertukar untuk mengelirukan musuh seperti menggali terowong rahsia di saat kemuncak penawanan.

Can Astilla Hanya Gunakan Muzik Untuk Imbau 1453

Kekadang tutur bicara mahupun tulisan perkataan tidak mampu menggambarkan kedahsyatan sesuatu peristiwa bersejarah. Kitaro mampu menterjemahkan bahasa hatinya ke dalam muzik. Kekadang airmata boleh mengalir dengan kelembutan muziknya yang kebanyakannya sengaja beliau buat untuk mengenang mereka yang telah tiada.



Teringat juga saya pada kehebatan Al-Kindi dalam mainan muziknya sehingga beliau mendokumenkannya dalam 7 buah kitabnya mengenai muzik. Teringat saya pada kepakaran Al-Farabi, penemu dua alat muzik, iaitu rabab dan qanun. Beliau menulis tak kurang dari lima judul kitab tentang muzik. Salah satu buku musiknya yang popular bertajuk, Kitabu al-Muziqa to al-Kabir, atau The Great Book of Music. Berisi teori-teori muzik dalam Islam.


Turki tidak pernah lekang dari melahirkan tokoh-tokoh penting bertaraf world-class, daripada tokoh intelektual dunia iaitu Fethullah Gulen sehinggalah pada Bestaci Can Astilla, seorang pemuzik yang mampu bercakap tentang sejarah, hanya dengan muziknya sahaja, bukan pidatonya.


Antara muzik mainan beliau yang banyak menyebabkan saya terpukau dengan gegak gempita aksi penawanan Muhammad al-Fateh ke atas Konstantinople adalah muzik beliau bertajuk "1453 Fetih" dalam album beliau "1453 Sultanlar Askina (For Love Of Sultans).". Mereka yang menghargai seni muzik perang pasti akan mampu menilai kualiti lagu ini.


Hundreds of thousands of janissaries, cavalrymen, oxcarts, gun carriages, and the Great Sovereign himself marched on a dirt road from Edirne to Constantinople amid sounds of nay, kettledrum, and drums. The entire Europe listened curiously to the voices of this multitude. History was being rewritten along this arduous journey, which was to last until the Renaissance.


Beberapa koleksi lagu mengimbau adegan 1453 Masihi tersebut antaranya :

Can
Atilla - 01 - Once Gunes Tutuldu
Can Atilla - 02 - 1453 Fetih
Can Atilla - 03 - Constantinopole
Can Atilla - 04 - Bogazici Ruyalari
Can Atilla - 05 - Yeni Hayat
Can Atilla - 06 - Gulbahar
Can Atilla - 07 - Rumeli Hisarinin Yapilisi
Can Atilla - 08 - Zeynep Hatun'un Gizli Aski
Can Atilla - 09 - Kahramanlarin Hikayesi
Can Atilla - 10 - Bellini Portreyi Yaparken
Can Atilla - 11 - Ak Semsettin'in Ruyasi
Can Atilla - 12 - Ayasofya Yakarislari
Can Atilla - 13 - Valekerna Azizeleri
Can Atilla - 14 - Sultanlar Askina
Can Atilla - 15 - Sultanlar Askina (Radio Remix)




Temuramah Dengan Can Astilla Mengenai Pembikinan Muzik 1453